PERTOLONGAN CEMAS (First Aid)

PERTOLONGAN CEMAS (First Aid)

PENGENALAN

Kemalangan dan kecederaan di tempat kerja boleh terjadi pada bila-bila masa.
Kecederaan tertentu akan menjadi lebih serius, malah boleh membawa kepada kematian, jika bantuan awal tidak diberikan. Occupational Safety & Health Act 1994 (OSHA 1994) telah menggariskan pertolongan cemas bukan sahaja terhenti dengan penyediaan peti pertolongan cemas di tempat kerja. Ia sebenarnya mempunyai skop yang lebih luas.



Asasnya adalah pengenalpastian jenis kecederaan yang mungkin berlaku di tempat kerja dan menggunakan maklumat ini untuk merangka sebuah program bertujuan menanganinya sekiranya ia berlaku.

Program ini meliputi mengenalpasti jenis kecederaan ahli pertolongan cemas, menyediakan kemudahan dan perkakasan yang diperlukan serta memberi latihan kepada pekerja yang dikenalpasti untuk melaksanakan program tersebut dengan berkesan.


APA ITU PERTOLONGAN CEMAS?

Pertolongan cemas didefinisikan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa sebagai "jangan atau bantuan awal dan sementara bagi mangsa suatu kemalangan dengan tujuan untuk mencegah atau mengurangkan ancaman kepada nyawa atau kesihatan mangsa".

SIAPA YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas diberikan kepada:

  • Sesiapa yang mermerlukan perhatian segera dalam meyelamatkan nyawa mereka.
  • Sesiapa yang tercedera ringin dan hanya memerlukan perhatian perubatan minima tanpa perlu merujuk kepada doktor atau jururawat.
  • Kecederaan kecil yang mungkin tidak mendapat rawatan formal. Adalah penting untuk semua perlu kecederaan, walaupun kecil, dirawat kerana ia mungkin boleh menyebabkan jangkitan yang membawa kepada keadaan yang lebih serius.

PENGURUSAN DAN TINDAKAN PERTOLONGAN CEMAS

Perkara yang paling penting dalam pertolongan cemas ialah memberi pertolongan dengan serta merta kepada mangsa. Kepantasan pemberian rawatan adalah penting kerana ia boleh menyelamatkan nyawa.

Sesetengah kecederaan memerlukan bantuan diberi dalam masa tujuh minit ianya berlaku. Bantuan yang lewat boleh menyebabkan kematian atau mengurangkan peluang pemulihan mangsa.

Walaupun keselamatan mangsa diutamakan, seorang ahli pertolongan cemas perlu memastikan keadaan persekitarannya tidak membahayakan dirin ya sebelum memberi bantuan kepada mangsanya.

Bantuan awal itu perlu mengikut langkah berikut:

  1. Taksirkan keadaan persekitaran.
  2. Kenalpasti kecederaan dan lakukan tafsiran kecederaan.
  3. Jika ramai mangsa, mereka mungkin mengalami kecederaan yang berbeza. Dalam keadaan ini, adalah penting untuk menyusun mangsa mengikut tahap perhatian yang diperlukan.
  4. Simpan rekod seperti nama mangsa, jenis, cara dan masa rawatan diberikan.

PROGRAM PERTOLONGAN CEMAS

Beberapa langkah perlu diambil untuk memastikan program pertolongan cemas yang berkesan iaitu :
  1. Ahli pertolongan cemas khusus yang cekap dan terlatih bagi setiap syif kerja dan kawasan yang memerlukannya. Contohnya, bagi kawasan terpencil, kawasan kerja yang bergerak dan kawasan kerja berselerak.
  2. Penyediaan peti pertolongan cemas yang lengkap perlu di kawasan-kawasan ini.Jika perlu, bilik pertolongan cemas hendaklah disediakan.
  3. Penyediaan manual pertolongan cemas.
  4. Penyediaan papan tanda pada lokasi yang stragik untuk menerangkan dalam menghubungi ahli perubatan atau memberitahu hospital bahawa pesakit dalam perjalanan.
  5. Penyediaan papan tanda dengan arahan jelas untuk cara memindahkan pekerja yang tercedera, arahan untuk memanggil ambulans atau pasukan penyelamat.
  6. Pewujudan sistem untuk merekodkan butiran mangsa, jenis kecederaan, jenis dan masa rawatan yang diberikan.

LATIHAN KEPADA PEKERJA

LATIHAN/MAKLUMAT UMUM

Maklumat atau latihan secara umum perlu diberikan kepada semua pekerja mengenai:
  1. Lokasi peti dan bilik pertolongan cemas.
  2. Nama, lokasi, nombor telefon ahli pertolongan cemas.
  3. Prosedur pertolongan cemas.
  4. langkah asas penjagaan mangsa.
LATIHAN AHLI PERTOLONGAN CEMAS

Latihan merupakan pekera utama dan penting dalam pemberian pertolongan cemas. Dalam keadaan kecemasan, masa adalah amat berharga yang menentukan soal hidup atau mati mangsa.

Lazimnya kecemasan menimbulkan kekecohan dan keadaan huru-hara, dan dalam keadaan ini, setiap individu perlu dilatih mengenai peranan masing-masing. 
Latihan seeloknya diperolehi daripada daripada penyedia latihan yang diiktiraf seperti "Persatuan Bulan Sabit Merah" atau St. John's Ambulance.

TAHAP LATIHAN

Latihan Pertolongan Cemas merangkumi berape tahap:

A.) TAHAP 1
  • Asas pertolongan cemas - merangkumi prosedur pertolongan cemas organisasi.
B.) TAHAP 2 -
  • Pertolongan cemas di tempat kerja - merangkumi tahap 1 dan termasuk rawatan kecederaan/kesakitan seperti serangan jantung ataupun pitam.
C.) TAHAP 3 -
  • Pertolongan cemas pekerjaan - merangkumi tahap 2 dan termasuk pemahaman yang luas mengenai hazard, rawatan dan penilaian kecemasan.

KESIMPULAN

  1. Pertolongan cemas adalah penting bagi menyelamat nyawa dan mencegah keadaan mangsa kemalangan daripada menjadi lebih serius.
  2. Penilaian ke atas hazard perlu dilakukan ke atas sesuatu tempat kerja sebelum program dan kemudahan pertolongan cemas dapat dikenalpasti dan dirangka.
  3. Program pertolongan cemas meliputi:
    • Pengenalpastian ahli pertolongan cemas dan keperluan latihan pekerja
    • Keperluan peti pertolongan cemas.

Comments

Popular Posts