PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI (PPD) - CERMIN MATA KESELAMATAN

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI (PPD) 

"CERMIN MATA KESELAMATAN"

Kenapa PPD sangat penting?
  • PPD diperlukan semasa bekerja untuk melindungi kita daripada mendapat kecederaan sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.
  • PPD ibarat peralatan terakhir untuk melindungi kita daripada mendapat kecederaan yang lebih teruk.

TERDAPAT 6 PPD WAJIB DIPAKAI SEMASA BERADA DI KAWASAN KERJA.

CERMIN MATA KESELAMATAN. "Pencegahan lebih baik dari membutakan"

  • SEBELUM MEMULAKAN KERJA.
    • Pastikan mesin menpunyai penghadang yang sesuai.
    • Pastikan anda telah mengunakan peralatan perlindungan mata yang sesuai sebelum kerja dijalankan.
    • Pastikan anda telah kenalpasti kedudukan Tempat mencuci mata (Kecemasan) dan peti pertolongan cemas.
  • ANTARA SEBAB BELAKUNYA KECEDERAAN PADA BAHAGIAN MATA.
    • Ketika melakukan kerja mencanai atau memotong besi.
    • Ketika mengunakan peralatan tangan.
    • Ketika pergandalian bahan kimia.
    • Terdedah kepada radiasi - api kimpalan / haba panas.
Kerja kimpalan
Hazard : radiasi haba dan habuk besi








APA YANG PERLU DIPAKAI UNTUK MELINDUNGI MATA.

             HAZARD                                         APA YANG PERLU
  • BAHAN KIMIA                           CERMIN MATA KESELAMATAN, PERLINDUNG MUKA
  • HABUK                                        CERMIN MATA KESELAMATAN
  • HABA                                           CERMIN MATA KESELAMATAN, PERLINDUNG MUKA
  • HENTAKAN                                CERMIN MATA KESELAMATAN, PERLINDUNG MUKA
  • RADIASI                                      CERMIN MATA KESELAMATAN (KHAS)

APABILA BELAKU KEMALANGAN / KECEDERAAN PADA MATA.

  1.  "JANGAN GOSOK" dibahagian cedera, ia boleh menyebabkan kecederaan bertambah teruk.
  2. Jika terkena bahan kimia atau objek ke dalam mata, tanggalkan semua peralatan termasuklah kanta lekap.
  3. Alirkan air bersih di tempat mencuri mata (Eye Wash Station) *selama yang boleh hingga bantuan kecemasan sampai.


MATA ANDA
TIADA GANTI

Ingin dapatkan Cermin mata keselamatan email : goldensaif903@gmail.com


Comments

Popular Posts