PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI (PPD) - TOPI KESELAMATAN

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI (PPD) 

"TOPI KESELAMATAN"


Salah satu dari enam PPD asas yang diperlukan semasa melakukan kerja. Mengikut aturan kerja yang hendak dijalankan.sebagai contoh : Aktiviti memasang perancah dan  Aktiviti abseil. 
kedua-dua aktiviti berkerja ditempat tinggi, cuma cara dan peralatan berbeza termasuklah "TOPI KESELAMATAN".

Topi keselamatan adalah kawalan terakhir untuk mengelakkan atau mengurangkan kecederaan, seperti objek terjatuh dari atas.


1.) Aktiviti Memasang perancah.

(Gambar Hiasan)

Kita boleh lihat dimana pekerja tersebut mengunakan topi keselamatan yang asas dan biasa bergantung kepada aktiviti yang dijalankan.
     

 2.) Aktiviti Abseil

(Gambar Hiasan)

Perkerjaan yang berisiko tinggi, kepercayaan yang tinggi kepada dua(2) utas tali yang diuji dan melakukan penyeliaan sebelum melakukan kerja dan pergunaan topi keselamatan bagi abseil unik dan mempunyai kelebihan dari sudut penglihatan.

terdapat banyak jenis dan ciri-ciri Topi Keselamatan mengikut kesesuaian pekerjaan.

Contoh Topi keselamatan Biasa dengan Abseil:-

Topi keselamatan biasa
Topi keselamatan khas untuk Abseil


Objektif yang hendak disampaikan berkenaan TOPI KESELAMATAN adalah tidak kira perkerjaan apa sekali pun yang hendak dilakukan di dalam kawasan kerja. Pematuhan terhadap peraturan syarikat hendaklah dipatuhi.jangan sekali-kali melanggar peraturan yang ditetapkan.

Tanggunjawab kita sebagai pekerja pula adalah memastikan majikan menyediakan PPD yang sesuai dengan tugasan kita.

"APA GUNA KERJA KUAT, KALAU BALIK TIDAK CUKUP SIFAT"

Nota : Kalau ada mencari Peralatan Perlindungan Diri (PPD) 
boleh hubungi saya di email : goldensaif903@gmail.com


Comments

Popular Posts