PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI (PPD) - PERLINDUNGAN TELINGA

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI (PPD)
"PERLINDUNGAN TELINGA"

PENDENGARAN

Pendengaran atau penerimaan audio, adalah keupayaan bagi mengesan bunyi dengan mengesan perubahan getaran. pada tekanan medium perantaraan menurut masa, melalui organ telinga.

Bunyi boleh didengari melalui bahan pepejal, cecair dan gas. Ia merupakan salah satu dari lima deria tradisi.

MEKANISMA PENDENGARAN

  1. Cuping telinga akan mengumpulkan gelombang bunyi.
  2. Salur auditori menyalurkan gelombang bunyi ke gegendang, kemudian gelombang dihantar ke koklea melalui jendela bujur.
  3. Koklea menukarkan getaran bunyi kepada impuls. Impuls dihantar melalui saraf auditori ke otak.
  4. Otak akan mentafsirkan bunyi tersebut.
DERIA PENDENGARAN MENGGUNAKAN TELINGA SEBAGAI ORGAN DERIA.
RANGSANGAN YANG DIPERLUKAN ADALAH BUNYI


Di Malaysia, penyakit pekerjaan yang paling banyak dilaporkan adalah gangguan pendengaran disebabkan bising pekerjaan (ONRHD). Walaupun angka ini berkemungkinan disebabkan oleh peningkatan kesedaran di kalangan pekerja atau majikan untuk melaporkan kes-kes penyakit pekerjaan, tetapi ia turut menunjukkan bahawa kes penyakit pekerjaan semakin meningkat. Kesan daripada ONRHD adalah kumulatif, kekal dan tidak boleh dipulihkan. Selain itu, implikasi dari aspek kewangan akan ditanggung oleh pekerja, keluarga pesakit, majikan dan kerajaan. 

Tanggungjawab majikan

Majikan bertanggungjawab untuk memastikan persekitaran kerja selamat disediakan,
serta amalan kerja selamat dilaksana dan dikekalkan. Majikan hendaklah memastikan
bahawa:
(a) keperluan perundangan dipatuhi;
(b) pelan kawalan bising dan program tindakan dibangunkan;
(c) semua peringkat pengurusan dan pekerja sedar akan langkah-langkah kawalan untuk 
mengurangkan pendedahan kepada bising;
(d) semua pekerja bekerjasama dalam melaksanakan amalan kerja selamat yang 
dipersetujui;
(e) maklumat tentang bising, risiko pendedahan bising dan langkah-langkah kawalan 
disebarkan dengan cara yang bersesuaian dengan tempat kerja;
(f) pelaksanaan program perlindungan pendengaran diri yang komprehensif, termasuk
pemilihan pelindung pendengaran diri (PHP), dan arahan penggunaan dan
penyenggaraan yang betul kepada pekerja; dan 
(g) pekerja mendapat latihan dan pendidikan yang bersesuaian apabila diperlukan.

Tanggungjawab pekerja

Pekerja hendaklah mematuhi semua keperluan perundangan dan prosedur tempat kerja
serta bekerjasama, setakat yang praktik, dalam semua aktiviti yang mempunyai objektif
perlindungan pendengaran di tempat kerja dan pencegahan terhadap ONRHD.

STATISTIK PENYAKIT DAN KERACUNAN PEKERJAAN




STATISTIK JENIS PENYAKIT YANG DILAPORKAN


STATISTIK JENIS PENYAKIT YANG DISAHKAN HASIL SIASATAN


BILANGAN KES PENYAKIT DAN KERACUNAN PEKERJAAN MENGIKUT SEKTOR

**Sumber dari Official Website DOSH Malaysia.

Dari statistik yang diperolehi, kita lihat bilangan kes yang dilapor dan bilangan kes yang disahkan tertinggi bagi penyakit Pendengaran Akibat Bunyi Bising Perkerjaan.

Bagi sektor pengilangan tertinggi kes disebabkan bunyi bising. Oleh itu, kita sebagai pekerja perlu mengambil berat tentang kes-kes melibatkan bunyi bising perkerjaan. jangan ambil mudah terhadap peralatan perlindungan diri yang disediakan oleh syarikat.

Syarikat telah menyediakan plan tindakan keselamatan bagi mengurangkan pendedahan terhadap bunyi bising. Dari segi kawalan kejuruteraan, kawalan pentabiran dan PPD untuk memastikan kita berkerja dengan selamat.

Individu yang masih belum lengkap PPD atau baru sedar tentang bunyi bising,
untuk dapatkan perlindung terlinga ear plug atau ear muff.
boleh email : goldensaif903@gmail.com 


Comments

Popular Posts